Thursday, December 26, 2013

10 AYAT SURAH AL-KAHFI - Pelindungan Daripada Fitnah Dajjal

Posted by azee_yleo at 6:03 PM 0 comments
10 AYAT SURAH AL-KAHFI
- Untuk Mohon Pelindungan Allah SWT Daripada Fitnah Dajjal
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi) 
 
10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI

Pada lafaz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadis hasan.”
Pada hadis yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda R.A bahwa Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
 
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah R.A Dan pada lafaz Nasai menyatakan : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana-mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
 
Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini.  Baginda SAW mengajar satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah : 
 
 DOA SELEPAS TAHHIYAT AKHIR SEBELUM SALAM
 
Maksudnya :  “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.”
 
semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat; 

birthday ke 31...

Posted by azee_yleo at 5:55 PM 0 comments
Birthday dah lepas da 3 bln lepas hihihi tp lupa nak update.... 5 oktober ri tu genap la usia ku 31 tahun.....

So hubby just bawak kami p makan2 n jln2 kt bts....

Pastu dapat henfon s3 mini.....

Sunday, December 15, 2013

tengok anak sedara baru....

Posted by azee_yleo at 10:05 PM 0 comments
sabtu last week p tengok anak sedara baru yg ke4 anak kakak sulung abang... boy  again n kononnye yg bongsu.... nama najwan arif... nice name n jarang org pakai.. maksudnye pon baik2 tp dah lupa da maksud nye...

Wednesday, October 30, 2013

31 oktober 1955 - 27 Mac 2013 = 57 tahun 5 bulan

Posted by azee_yleo at 9:24 PM 0 comments
hari ini 31 Oktober 2013 kalau abah masih ada.... abah genap usianya 58 tahun hari ni.... tapi umur abah tk panjang....

semoga arwah abah tenang disana... ini lah kenangan antara hari2 terakhir bersama abah... gambar kecik yg tengah2 tu sehari sebelum abah menghembus nafas nya yg terakhir... :(

Al fatihah... buat abah di sana...

1st day puasa sebagai ibu menyusu.

Posted by azee_yleo at 8:00 PM 0 comments
antara menu ibu menyusu masa berpuasa. masa bersahur mesti makan ni... susu tetap ada... maintain dan jangan lupa sebagai tenaga mesti makan alfalfa shaklee dan ostrematrik

milo dan biskut oat 
sometimes minum tms choc drink ni utk banyakkan susu

Tuesday, September 24, 2013

7 Vitamin Penting Dalam Set Penyusuan Shaklee

Posted by azee_yleo at 7:53 PM 0 comments
Vitamin #1 : ESP
ESP merupakan salah satu vitamin yang sangat penting dalam Set Penyusuan Shaklee. ESP membuatkan kita rasa tak letih, sentiasa bertenaga sepanjang hari,dan salah satu MILK BOOSTER sebab ia nya melengkapkan salah satu komponen utama susu ibu, iaitu protein

ESP SHAKLEE5 Khasiat ESP dalam Set Penyusuan Shaklee:

Khasiat #1 : Membentuk Sel Yang Sihat
ESP mengandungi sumber protein yang tulen, bebas lemak dan bebas kolesterol. Protein pula berfungsi untuk hasilkan sel badan yang sihat. Hanya sel yang sihat boleh serap hampir 99% nutrisi dan zat dari makanan.

Tanpa ESP, ambil lah supplement berkoyan- koyan pun, milk booster macam2 jenis, makan banyak makanan berkhasiat pun, kalau sel tubuh kita tak sihat, tak banyak jugak yang dapat diserap. Jadi lah nutrisi  tu bagai angin lalu dalam sistem tubuh. Membazir aje lah.

Khasiat #2 : Pemberi Tenaga
ESP bersifat glisemik rendah. Ia menukarkan glukos kepada tenaga pada kadar yang perlahan dan berpanjangan. Sangat bagus untuk ibu menyusu yang sentiasa rasa keletihan. Menyusukan anak ni kena pakai banyak tenaga tau.
Rendah glisemik juga sangat bagus untuk ibu yang menghidap diabetes sebab ESP boleh mengawal kandungan gula dalam darah supaya kekal berada pada tahap optimum

Khasiat #3 : Kawal Rasa Lapar
Oleh kerana ESP ni bersifat rendah glisemik, gula tak cepat terbakar dalam tubuh, jadi kita pun jadi lambat lapar dan sentiasa kenyang.
Ni pengalaman saye sendiri dalam pantang. Alhamdulillah ESP sangat membantu mengawal rasa lapar masa pantang. Syukur sangat. Takde lah rasa macam uurgggghhh!! Kenapa asyik lapar??

Khasiat #4 : Milk Booster
Antara kandungan utama susu ibu adalah protein. Kekurangan protein menyebabkan susu ibu jatuh merudum. Jadi protein dalam ESP ni membantu top-up kekurangan protein dalam tubuh ibu dan menghasilkan susu yang banyak, pekat dan berkhasiat.

Khasiat #5 : Kulit Cantik
Oleh kerana peranan ESP ni menghasilkan sel kulit yang sihat, jadi memang tak hairan kalau feedback ibu- ibu yang konsisten amalkan ESP ni rata- rata beritahu kulit jadi makin licin, cerah, hilang jeragat. Breast pun makin anjal je rasa.
Ok, cukup lah bab ESP untuk Set Penyusuan Shaklee nih. Panjang sangat dah ni. Nak cerita, memang best betul kalau ambil ESP ni, especially ibu- ibu preggy, breastfeeding mommy, confinement mommy, super mom, etc.

Vitamin #2: Vitalea
VITALEA
Tahukah anda, bila susu kita drop, maksudnya badan kita sedang kekurangan nutrisi? Apa kaitannya? Contoh ye, bila kita kurang makan dalam sehari, kita puasa lah kata kan. Adakah kita akan lembik, atau bertenaga sepanjang hari? Pasti lah kita akan lembik sepanjang hari kan?
Macam tu jugak lah badan kita. Bila badan kurang nutrisi, organ- organ dan sistem- sistem dalam tubuh yang bekerja untuk menghasilkan susu ibu menjadi lembik, dan production pun menurun.

Sebab tu dikenalkan Vitalea dalam Set Penyusuan Shaklee.
Vitalea ni nama lain bagi multivitamin. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Jadi kalau mak- mak yang selalu makan luar, kita pun tak sure cukup tak nutrisi seharian kita.
Ye lah, makanan pun bergoreng, minyak org kedai dah guna reuse berapa kali, semua nutrisi hilang semasa penyediaan makanan, maka mak- mak ni dicadangkan sangat untuk ambil Vitalea.
Lagi satu, Vitalea ni memang power sebagai ENERGY BOOSTER. Fuhhh!! Betul power. Tapi kena ambil 2 bijik lah sehari. Sebijik je tak jalan. Ikut cadangan kat botol vitamin tu

Vitamin #3: B Complex
b complex shaklee
Tahukah anda, orang perempuan ni nak tak nak memang kerap bermain dengan emosi. Kalau period lah senang nampak, nampak beremosi sungguh. Sikit- sikit nak marah, ada je yang tak kena.
Dan bila emosi ni tak terkawal, production susu lah yang akan terjejas. Kalau si ibu sering stress dengan urusan pejabat, urusan pembantu rumah atau pengasuh, atau apa- apa urusan lah– maka susu pun susah nak flow dengan lancar. Dan ini lah salah satu punca kenapa susu mula down.
Kat sini lah pengambilan B Complex memainkan peranan dalam Set Penyusuan Shaklee. Ye lah, nak de-stress kat tepi tasik sah- sah takda masa. B Complex merangsang penghasilan serotonin kat otak.
Hormon serotonin ni nama lain dia adalah hormon happy. Jadi bila ada banyak hormon happy, ibu happy, milk production pun bertambah lancar

Vitamin #4: Chewable Vitamin  C

chewable vitamin C
Tahukah anda, masa kita duk menyusukan anak, boleh jadi kelenjar susu kita tercedera. Lebih -lebih lagi dengan gabungan keadaan yang kita stress. Bila kelenjar susu luka, tu pasal milk production boleh jadi low.
Jadi vitamin C dalam Set Penyusuan Shaklee berperanan untuk melindungi kecederaan kelenjar susu. Dalam vitamin C ada sedikit unsur collagen. Collagen dalam vitamin C ni lah yang akan tolong seal kan luka jika luka terjadi

Vitamin #5: Alfalfa
Peranan Alfalfa dalam Set Penyusuan Shaklee ni memang tak yah sebut, semua ibu pun tahu Alfalfa ni salah satu milk booster. Biasa yang femes milk booster herba ni samada fenugreek, atau alfalfa.
Lagi yang best tentang alfalfa yang saya suka sangat! -Alfalfa ni semacam pengganti kacip fatimah ;) Kenapa?
Ia menghilangkan keputihan, dan mengetatkan bahagian faraj, jadi ala- ala anak dara gitew ;) Hubby sendiri cakap kalah masa mula- mula kahwin. Haha.
Jadi ibuk- ibuk yang perasan hubungan dengan suami bertambah dingin, saya cadangkan cuba ambil ESP, Vitalea dan Alfalfa. Gabungan ENERGY BOOSTER dan vitamin wanita ^_<
shaklee alfafa
Kalau untuk ibu dalam pantang, kita suggest Alfalfa sebagai pelawas- dose dia berbeza sikit kalau taknak melawas. Kalau untuk ibu preggy, kita suggest amalkan alfalfa di akhir kehamilan untuk elak anak jaundis dan memastikan tak tumpah darah semasa bersalin nanti.

Vitamin #6: Ostematrix
Ostematrix merupakan kalsium dalam Set Penyusuan Shaklee. Dan sapa tak tahu? Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Kalau sebut susu je, mesti kita boleh relate dengan kalsium kan? Kalau takda unsur kalsium, tak jadi lah dia susu. Ostematrix ni salah milk booster.
ostematrix
Lebih -lebih lagi bila susu mula merudum semasa period. Kat sini lah Ostematrix memainkan peranan penting.  Sebab apa?
Tubuh kita kehilangan banyak darah. Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah. Kalau ibu hamil, kita akan tekankan pengambilan kalsium, salah satu nya untuk elak risiko tumpah darah semasa bersalin, ia membantu blood clot dengan baik
Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan ibu menyusu, sebab ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium. Ye lah, bila menyusukan anak, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium dalam badan.
Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau perasan ibu menyusu ni cepat letih, cepat sengal- sengal badan. Kat sini lah Ostematrix membantu.

Vitamin #7: Omega Guard
Omega Guard ni adalah minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee. Omega Guard ni optional dalam Set Penyusuan Shaklee, nak ambil, ambil. Tak mahu pun takpa.
Untuk baby baru lahir, kita tak bagi apa- apa makanan kecuali susu ibu. Hatta air kosong sekalipun. Omega Guard shaklee ni sangat bagus untuk imunisasi bayi dan perkembangan otak si manja, tapi kita takkan cadangkan untuk bagi direct kepada baby. Secara alterntif, ibu menyusu boleh amalkan Omega Guard ni dan salurkan khasiat kepada bayi.
omega
Omega Guard juga sangat bagus untuk imunisasi anak, dan mengurangkan radang eczema jika bayi anda ada masalah eczema. Ada orang tanya, apa beza Vitamin C dan Omega Guard untuk imunisasi bayi?
Saya boleh bagi analogi- Omega Guard ni lebih cepat merawat berbanding Vitamin C. Omega Guard ni ibarat kapal terbang, Vitamin C ibarat berbasikal ;)

ok ape2 hal nak tahu lebih pasal vit ni jgn lupa watapp sy 019-2245508

Sunday, July 21, 2013

intra uterine death

Posted by azee_yleo at 4:58 PM 0 comments

KEMATIAN bayi di dalam kandungan atau `lahir mati’ merupakan satu mimpi sedih bagi sesebuah keluarga khususnya ibu itu sendiri.

Segala impian untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Selepas mengandung melebihi 22 minggu bayi mati dalam kandungan.
Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan, peluang untuk mendapatkan anak masih ada.

Sebagai melengkapkan pengetahuan bagi ibu bapa dan ikhtiar untuk memastikan kandungan akan datang dapat dilahirkan dengan selamatnya, segmen Kesihatan mendapatkan pandangan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan.
Dr. Jamiyah memberitahu, “Bukan semua kes bayi lahir mati dapat dikenal pasti puncanya, kecuali dilakukan autopsi ke atas bayi itu. Kadangkala ujian autopsi telah dilakukan tetapi punca kematian masih tidak diketahui.'’
Malah ada juga langsung tidak diketahui puncanya atau dikatakan takdir.
“Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, ia boleh dielakkan daripada berlaku sekiranya ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.'’
Namun, kes-kes yang tidak diketahui puncanya hanya melibatkan peratusan yang kecil.
“Permintaan dan nasihat saya, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya. Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat,'’ ujar Dr. Jamiyah.

Apakah yang dikatakan istilah lahir mati atau stillbirth ini?
Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.
Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin.
Keguguran atau `keguguran spontan’ pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.

Tanda & simptom keadaan lahir mati
* Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang
* Rahim tidak membesar melewati masa
* Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.

Antara punca-puncanya
* Jangkitan yang dialami ibu atau bayi dalam kandungan seperti jangkitan Torch iaitu toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes
* Masalah uri atau tali pusat. Uri dan tali pusat yang menghubungkan bayi dengan rahim ibu
Kemungkinan uri terpisah atau tercerai daripada rahim terlalu awal ataupun terjadinya pendarahan daripada tali pusat (vasa praevia) dan uri
* Trauma atau kecederaan yang dialami di bahagian abdomen/perut ibu
* Tekanan darah tinggi yang dialami ibu, (kemungkinan ada atau tiada kaitannya dengan kehamilan)
* Diabetes
* Kecacatan struktur bayi yang melibatkan paru-paru, jantung, otak dan buah pinggang.
Masalah kromosom yang tidak normal adalah sebab paling utama yang menyebabkan kematian janin di peringkat awal. Ia merangkumi lebih daripada 50 peratus punca keguguran spontan.
* Ibu mengalami gangguan autoimun, suatu keadaan di mana sistem imun atau antibodi seseorang itu yang menyerang dirinya sendiri.
Terdapat sebab-sebab lain yang mungkin turut menyumbang kepada kes lahir mati ini. Namun 10 peratus kes-kes lahir mati ini tidak diketahui puncanya.

Apakah yang patut dilakukan bagi mengelak insiden lahir mati?
* Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung
* Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
* Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
* Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
* Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
* Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.
Dr. Jamiyah berkata, lazimnya punca-punca ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kecacatan semula jadi bayi, masalah uri dan tali pusat serta keadaan ibu berpenyakit yang boleh menjejaskan kehamilan.
Kecacatan adalah punca biasa namun sering kali terlepas pandang, seperti kes-kes bayi meninggal dalam kandungan ini.
Hampir 50 peratus kes keguguran spontan di peringkat tiga bulan pertama disebabkan oleh masalah kromosom yang tidak normal ataupun kecacatan struktur anggota bayi.
Uri dan tali pusat adalah saluran nyawa bayi untuk mendapatkan bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
Andai terdapat masalah bagi salah satu daripadanya bermakna terputuslah `saluran nyawa’ bayi. Ia boleh juga mengakibatkan gangguan teruk bagi kelancaran peredaran darah, oksigen dan zat-zat makanan kepada bayi.
Uri dan tali pusat `sering dipersalahkan’ sebagai punca kematian bayi dalam kandungan ini namun ia masih merupakan `penyumbang’ sederhana di atas sebilangan kes lahir mati ini.
Biarpun bukan kebiasaan, keadaan ibu juga mungkin bertanggungjawab kepada kematian bayi dalam kandungan.
Sesetengah penyakit yang dihidapi ibu seperti diabetes dan darah tinggi serta rawatan ke atasnya kadangkala boleh menyebabkan bayi lahir mati.
Apa yang jelas, ujar Dr. Jamiyah, terdapat beberapa punca luar biasa lain yang menyumbang kepada kematian bayi dalam kandungan ini.
Beliau juga memberitahu, bayi yang dilahirkan lahir mati ini berhak mendapat sijil kematian dan dikebumikan oleh keluarga tersayang.

Melahirkan bayi lahir mati
Dr. Jamiyah menambah, ibu dan bapa berhak menentukan bilakah bayi itu patut dilahirkan walaupun ia sudah meninggal di dalam perut ibu.
Bagi seseorang ibu yang sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan, keputusan untuk mengeluarkan bayi itu bergantung kepada ibu bapa bayi berkenaan untuk satu tempoh yang dianggarkan.
Bagi pihak doktor, apa yang dapat dilakukan ialah memberi pandangan dari pelbagai sudut, buruk dan baiknya melahirkan bayi itu serta cepat atau lambat.
Ibu boleh membuat pilihan sama ada untuk menanti waktu kelahiran secara semula jadi atau merangsang kelahiran secara paksa.
“Bukan semua yang mahu menanti saat kelahiran normal itu sedangkan bayinya sudah meninggal. Kita faham akan keadaan ini.
“Cuma kita hanya memberi pandangan dari sudut kesihatan dengan memberi sedikit masa sambil mengawasi kesihatan ibu. Itu pun kalau ibu atau keluarganya bersetuju. Keputusan dibuat oleh ibu atau keluarganya sendiri,'’ katanya.
Tidak salah jika seseorang ibu itu ingin menunggu kelahiran secara semula jadi tanpa paksaan. Walau bagaimanapun ada kalanya ia boleh melibatkan masa yang agak lama.
Jika ia melebihi empat minggu daripada tarikh bayi itu meninggal di dalam rahim, keadaan ibu harus diawasi agar masalah lain tidak timbul.
Dr. Jamiyah menambah, jika rangsangan atau paksaan bagi melahirkan bayi itu dilakukan, ia harus dilaksanakan dengan teliti kerana ia boleh melibatkan komplikasi kerana rahim belum bersedia untuk proses kelahiran.
Pintu rahim selalunya diperiksa untuk memastikan ia bersedia untuk proses kelahiran. Ini boleh memakan masa beberapa jam dan kadangkala melebihi 24 jam.
Ini adalah untuk memastikan risiko terhadap ibu di tahap yang rendah. Jika rahim dipaksa secara terus-menerus, ia boleh mengakibatkan rahim itu koyak dan memudaratkan ibu.
Maka sebab itulah, pihak doktor akan meneliti kes itu secara teliti sekiranya ibu sudah bersedia bersalin atau jika ia memerlukan rangsangan, ia dilakukan dengan teliti.
Ibu boleh melahirkan bayi itu secara normal selepas diberi bantuan yang secukupnya atau apabila sudah ada rasa untuk bersalin.
Bagaimanapun sekiranya terdapat komplikasi lain, doktor akan mencadangkan pembedahan Caesarean demi menyelamatkan ibu.
“Tugas kami adalah untuk menyelamatkan ibu dan inilah keutamaannya,'’ ujar Dr. Jamiyah berulang kali.
Sokongan suami dan keluarga
Beliau menegaskan, di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu.
“Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri dan ini hendaklah dielakkan,'’ jelas Dr. Jamiyah lagi.
Menyedari hakikat ini, pihaknya merancang menubuhkan kumpulan sokongan untuk membantu ibu-ibu yang melalui pengalaman sedih atas kehilangan bayi.
Bagaimanapun menurut Dr. Jamiyah, sekiranya ibu itu sudah sihat semula, maknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal asalkan dia menjaga kesihatannya.
Pihak doktor pula mengawasi kesihatan ibu dan ibu hendaklah datang berjumpa doktor secara berkala lebih-lebih lagi mendapati bayinya tidak bergerak lagi.
Tidak ada istilah `bayi tidur’ sepanjang masa sewaktu kehamilan lebih-lebih lagi jika bayi itu sudah besar.
Walaupun bayi yang melebihi tujuh bulan mempunyai ruang yang terhad untuk pergerakan tetapi ia mesti bergerak seperti biasa.
Cuma kekuatan tendangan akan berkurangan kerana ia sudah membesar dan memenuhi hampir seluruh ruang rahim.
“Bayi yang normal akan bergerak lebih daripada 10 kali dalam masa 12 jam sehari. Bayi akan tidur di dalam kandungan tetapi tidak sepanjang masa.'’
Dr. Jamiyah juga menyarankan bakal ibu atau ibu menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran, penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.
“Kepada suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif,'’ kata Dr. Jamiyah di akhir pertemuan itu.

Sumber:Utusan Malaysia

Thursday, July 18, 2013

KALAU AKU KAYA......

Posted by azee_yleo at 4:36 PM 0 comments
Pagi drive kete nak g keje hot fm suka pasang lagu ni aku pon suka dengar sambil berangan..... KALAU AKU KAYA..... ermmmm ... bila la nak kaya...

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
 
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Monday, July 15, 2013

menu buka puasa

Posted by azee_yleo at 4:43 PM 0 comments

rajin sket kalau weekend sumer nk try buat sendiri.... ayam percik kuah tk jadi.... sbb sepatutnye tk pyh letak serai tp aku p letak serai bahan utk kuah percik simple jer.. bawang merah, putih, cili kering ngn halia jer... blend sampai hancur pastu tumis2 sampai masak lastly baru masuk santan.... 
tkper try n error lain kali cube lagi... jadi ayam bakar jer la rrase ok la tkleh letak kuah percik rase pelik jer... hehe.... butir nangka tu mcm biasa la sebab da biasa buat... 

 butir nangka

ayam percik my style

Sunday, July 14, 2013

mood buat kuih...

Posted by azee_yleo at 8:27 PM 0 comments
hr ni dah 6 ramadan .... dah 6 hari kita berpuasa.... puasa tahun ni lain sket dr tahun lain2.... sbb mmg setakat hr ni lansung tk p bazar ramadan... weekend lebih suka buat kuih sendiri.... setakat hari ni dah buat roti sardin goreng celop tepong ngn butir nangka... nak cari kuih faveret asal kelantan yg sedap mmg susah so aku usahakan buat sendiri.... try buat ayam percik kuahnye tk menjadi.. hehe tkper try n error.... nnti upload gambar... dalam kepala nk try buat kuih tepong gomak ngn ulat bulu @ tepung tukir....

Kuih Buah Gomak Kelantan / Kuih Kepal

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 sudu besar air

100gm beras untuk salutan
(cuci,tos dan sangai hingga kekuningan, kemudian kisar menjadi serbuk) 

Cara-cara
1. Campurkan tepung beras bersama gula, garam, sedikit air dan pes pandan, kacau rata.  Masukkan kelapa parut dan gaul rata
2. Masak di atas api sederhana dan kacau hingga bergentel.  Tutup api, biarkan suam sedikit.
3. Ambil adunan, kepalkan sebesar bola pingpong kemudian golekkan di atas beras

Tuesday, July 9, 2013

♥Apam Comel Optima™ Apam_comel_optima

Bahan-bahan ( lebih kurang 40 biji )

  • 200 g tepong Optima
  • 2 biji telur - A
  • 1/4 cawan santan pekat
  • 1/2 sk esen vanilla
  • pewarna pilihan
  • secukup hawflakes kecil - untuk inti

Cara-cara

  1. Apam_optima_campur
    Satukan semua bahan2 kecuali hawflakes dan pukul hingga kembang dan pekat.
  2. Apam_optima_inti
    Bubuh sesudu kecil adunan ke dalam mangkuk kertas kecil, isi inti hawflake, 1 atau 2 keping dan tutup lagi dengan adunan hingga memenuhi 3/4 penuh mangkuk kertas. Corakkan permukaan adunan jika suka.Buat hingga habis.
  3. Apam_pandan_optima
    Kukus apam selama 10 min dengan api kuat.
  4. Gantikan esen vanilla dengan pandan pes dan pewarna hijau untuk Apam Pandan Optima..... :)
  5. Apam_pelangi
    Apam Pelangi Optima....

resipi utk berbuka puasa - AYAM PERCIK

Posted by azee_yleo at 7:19 PM 0 comments

Bahan-bahan ( 1 ekor ayam/ boleh mkn 6 org )

  • 1 ekor ayam potong 4 bahagian, nak potong kecik pun boleh tapi kurang "juicy" sikit ayam percik anda
  • Santan dari 1biji kelapa..sederhana pekat
  • 12 ulas bawang merah*
  • 6 tangkai cili kering* ( bleh tambah jika suka, tp warna ayam percik versi ni agak cerah..tidak terlalu merah)
  • 1 inci halia*
  • 1 inci halia lagi,3 ulas bawang putih serta garam ( ditumbuk dan dilumur pada ayam)
  • garam & gula untuk kuah...secukup rasa, biasa org Kelantan maniskan sikit kuah..
  • sedikit jus asam jawa
  • sedikit bancuhan tepung jagung..(optional..kalau kuah anda xpekat2 jugak)

Cara-cara

  1. Ayam yang telah dibersihkan di lumur dgn bhn tumbuk tadi..perap & kukus sekejap..
  2. Bahan-bahan bertanda * di blender halus...
  3. Masukkan santan ke dalam kuali, masukkan semua bhn blender..kacau perlahan-lahan sampai pekat..lepas tu masukkan jus asam jawa, garam & gula secukup rasa..
  4. Sementara tunggu kuah pekat, bakar ayam yg dikukus tadi..bila agak garing, siramkan dgn kuah percik tadi dan bakar lagi..ulangi proses sampai dapat hasil mcm dalam gambar (kuah melekat dan kering pd ayam)..
  5. Img_6645
    Bolehlah di hidang, sesuai untuk kenduri juga..:-)

Monday, July 8, 2013

breastfeeding and babywearing.....

Posted by azee_yleo at 11:10 PM 0 comments
"Babywearing" simply means holding or carrying a baby or young child using a cloth baby carrier. Holding babies is natural and universal; baby carriers make it easier and more comfortable, allowing parents and caregivers to hold or carry their children while attending to the daily tasks of living. Babywearing helps a new dad put a fussy newborn to sleep. It allows a new mom use both hands to make a sandwich. It lets an experienced parent or caregiver carry a baby on her back and wash the dishes, do the laundry, take a hike, or weed the garden, all while keeping the baby safe and content.

Choosing a Baby Carrier
Cloth baby carriers come in an endless array of fabrics and colors, from basic solid cottons to exquisitely embellished silks. Whether you're looking for something to use every day, a carrier for a special occasion, or slings to match every outfit, the choices are yours to make, whatever your personal style. Your baby carrier (or carriers) can be both functional and attractive.The array of baby carriers available today can be a bit overwhelming, but don't let that keep you from finding a carrier (or a few) that work for you! If there's a Babywearing International chapter or other nonprofit, free-to-attend babywearing group near you, you can get free babywearing help and can try several types of carriers, which will give you a better idea of what to buy or make. Another source of help is online communities like the forums at TheBabywearer.com.
 
How big? How old?
All of the types of carriers shown on this page can be used to carry babies and young children on the wearer's front, hip or back, although some are better for one or the other carry.  Most of these carriers can be used from birth until parent or child chooses to stop carrying.  This can sometimes be age 4 or beyond! 

Whichever carrier you choose, look for a carrier that holds your child in a position you would naturally carry them in arms in front, on your hip, or for a piggyback ride. Most carrier manufacturers list weight limits for their carriers, but there is often a significant discrepancy between the published weight limit and what a particular user finds comfortable. Also, technique makes a difference. Buckling or tying on your hips feels very different from buckling or tying around your true waist. Help from experienced babywearers, such as Babywearing International's Volunteer Babywearing Educators, can save most beginning babywearers both time and money as they review their babywearing options.
 
Wraparound Slings
Wrap newborn front carry
A simple strip of cloth makes an elegant and comfortable baby sling. A little
 learning is required to wrap and tie the cloth, but basic methods can be
 mastered in minutes. Wraparound slings can be short, for quick one-shoulder carries, or longer, to distribute the baby's weight evenly over two shoulders and the caregiver's torso and hips. Wraparound slings come in a variety of
 fabrics, but natural fabrics such as cotton, linen, hemp, wool, and silk are more breathable and have a more appropriate texture than synthetics. Some wraparound slings are specially woven to have exceptional performance as baby carriers, offering strength, breathability, just the right amount of diagonal stretch, and the right texture for holding the baby securely; these highly prized textiles are sometimes known as German-Style Wovens because this type of sling was developed in Germany.  Wraps are an optimal and versatile carrier from birth.
 
Ring sling  
Ring Slings
In its simplest and most elegant form, a ring sling is a shawl with a pair of rings attached to one end. The rings replace the knot or tuck-and-twist method of fastening used with traditional shawl carriers such as Mexican rebozos or Indonesian selendangs. Some ring slings have padding where the sling rests on the caregiver's shoulder or along the edges of the sling, and some depart further from traditional shawl carriers by having the fabric at the end of the sling folded and stitched into a rope-like tail. Ring Slings are an ideal newborn carrier and are also fantastic for the up-and-down toddler phase.
 
Pouch hip carry 
 
Pouch Slings
Simply a tube of fabric with a curved seam, a pouch sling is a sleek carrier option. Pouches are sized to the adult wearer, and what they lack in adjustability they make up for in convenience. Few carriers take up less space in a diaper bag or are as quick to put on and take off as a pouch.  While usable with newborns, many moms find these more fitting once their postpartum weight stabilizes and baby becomes stronger, generally around 4mo.
 
Mei tai front carry
Mei Tais
The modern take on a traditional Chinese baby carrier with a body panel, shoulder straps, and waist straps still carries the traditional name, "mei tai" (pronounced"may tie"). The new-generation mei tais typically have either wide, padded shoulder straps, or extra-wide, wrap-style, unpadded straps for the wearer's comfort. They also offer a variety of features such as headrests or sleeping hoods for the baby, pockets for diapers or other essentials, and fabric choices that range from strictly utilitarian to truly luxurious. Mei tais can be used from birth and are ideal for sharing among caregivers.
 
SSC back carry
 
Soft Structured Carriers
Also with a body panel and shoulder and waist straps, soft structured carriers replace knots with buckles and add a thickly padded waistband and shoulder straps. The result is a different weight distribution and overall different look and feel from a mei tai, putting this style of carrier into a category of its own. Soft structured carriers offer the convenience of buckles yet are vastly different from framed backpacks in that they hold the baby securely against the wearer's body. Unlike framed backpacks, soft structured carriers are suitable from birth  through toddlerhood and provide the benefits of body-to-body contact for the baby (although some require or include a special insert for newborns).  Soft Structure carriers really shine after about 4-5mo.
 
PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN

Posted by azee_yleo at 1:05 AM 0 comments
EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan

- pintu bawah(rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

(sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
Deep freezer, tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Sunday, July 7, 2013

My breastfeeding journey.... kisah susu ku....

Posted by azee_yleo at 10:55 PM 0 comments
alhamdullilah... almost 10month menyusukan syaurah sepenuhnya dengan susu ibu.... alhamdullilah terima kasih ya ALLAH di atas rezeki mu memberi nikmat untuk menyusukan anakku... semoga rezeki ini kau limpahkan sehingga usia syaurah 2 tahun.. amin... tiada yg lebih membanggakan dan menggembirakan hati seorang ibu melihat anak2 nya membesar dengan sihat dan gembira... lagi2 dengan titisan emas dari badan nya sendiri.... 

bermula dari kumpulan ibu menyusukan aku mula mengumpulkan maklumat2 dan ilmu mengenai penyusuan ibu.... dengan duit sedikit dan ilmu yg sedikit ku kumpul2 dan berjaya membeli sebijik deep frezer sbb ms mula2 naik pantang susu ku tkde tempat utk disimpan memandangkan peti sejuk di rumah kecik dan 1 pintu sahaja.... dlm ms 3-4 hari jer blh simpan sbb susu mula nak cair.... dalam 6 ratus lbh jugak.... alhamdullilah....

pernah terjadi bekalan susu frozen ku rosak lebih kurang 20 botol lebih sbb hubby ku p tutup suis utama betapa hancurnya hatiku ketika itu dan menangis dengan teresak2 risau tkt syaurah tk cukup susu.... mmg kuat semangat dan terus berkata rezeki daripada Allah... mmg Allah limpahkan rezeki ku pada ketika itu.... tp sekarang stok froze ku tkde la byk mcm org lain... tp ttp ade utk emegency... ku ttp usaha utk top up kan stok utk syaurah... 

kadang- kadang ade buat tandem dengan syaurah menyusu sebelah n pam sebelah lg... tp tk blh bg dia nampak kalau tk dia akan buat mcm dalam gambar ni.... hehehe.... dia tlg pam skali.... 

weekend pon mmg kene pam utk makesure bekalan mencukupi.... utk stok frozen... biasa dapat buat sebotol dua pon alhamdullilah... 

tanpa izin dari Mu ya Allah sesungguhnya ku tidak mampu...... terima kasih ya Allah..

kematian itu suatu ujian

Posted by azee_yleo at 9:02 PM 0 comments
tanggal 27 mac 2013.... pergilah seorang insan yang bernama bapa... ke rahmatullah... akhirnya abah pergi jua mengadap ilahi setelah sakit stroke 10 hari...

arwah admitted pada 18 mac 2013 di hospital Lati, Pasir Mas akibat jatuh diserang stroke immediately semasa ditempat kerjanya. masa admiitted tekanan darah abah 200/160 mmg tinggi.. pada waktu tu juga mama dan adik bergegas ke hospital lati. untuk jenguk n ketahui keadaan abah. mmg tkder pengalaman tgk pesakit stroke diattack stroke. hanya mama dan adik berpeluang melihat abah masa tu . dalam hati hanya berdoa agar tiada yg serius mengenai abah pd masa tu..... melalui penceritaan adik.... mmg menyedihkan keadaan abah sbb half of his right body was paralysed... abah mcm terkena kejutan dan diikat masa kat emegency room. tk dapat bayangkan muka abah masa tu....

daripada hospital lati terus direfer ke HRPZII permohonan utk ditransfer ke panel Hospital pakar perdana tidak diluluskan kerana hanya dari hospital kerajaan ke hospital kerajaan sahaja yg blh... kami tak mahu ambik risiko kerana abah juga agak kritikal.. maka terimaa saja kemasukan abah ke wad mahsuri. HRPZII dengan harapan agar abah dpat diselamatkan. pada masa tu tiada siapa yg dapat kami harapkan.... maka kami adik beradik uruskan sendiri. agak terkejut bila adik call bgtau doc diagnose saluran darah di otak abah dah bleeding sbb tekanan darah teerlampau tinggi. masa tu hanya satu je soalan dapatke abah diselamatkan... ?

pada 20 mac 2013 kami terbang ke kota bharu dengan menaiki flite air asia.. dalam tengahari sampai di KB...  ptg tu terus ke wad mahsuri utk melawat arwah...  masuk wad mahsuri... hati berdebar2.. mata mencari mane katil abah.... dari jauh nampak mama melambai2... melihat abah terbaring tidak berdaya di atas katil.. dengan wayar dihidung sbb abah da tk blh menelan.... kerana stroke abah hlg daya utk menelan... abah dah tk blh makan lg... minum pon tk blh... hanya blh minum susu tu pon melalui wayar dihidungnya.... kesian abah.... bila nampak makanan mula tunjuk2 ngn mulut... kerlingan mata dia tgk je kearah makanan... benarlah kalau sakit Allah akan tarik satu persatu nikmat... tiada lagi nikmat utk merasa makan...

kami balik selama 3 hari , 23 mac kami balik ke KL semula kerana tidak blh tinggal kerja lama2... masa last tinggal abah .. abah nampak makin ok... makin positif....dicium tgn tua itu tk sangkat itu uat terakhir kali... last sebelum kami pulang abah ditukarkan wad 1st class.. menandakan abah semakin ok.... selama 3 hari abah berada di wad 13.... dan doc ckp abah dah blh dicharge 27 mac..... rupe2 nya discaj bkn balik rumah tp discaj ke tempat abadi... akhirnya abah tk sempat balik ke rumah sbb abah pergi dgn tenang pada 27 mac 4.45pm....

kami bereempat tidak sempat pulang ke kampung melihat urusan pengkebumian.... kerana kami bertolak lewat... biarlah urusan itu dipermudahkan... abah pon telah pergi... semoga arwah tenang disana... benarlah kata orang apabila seseorang itu pergi dari hidup kita baru kita rasa kehilangannya... semasa hidup kita tidak menghargai dan menyayanginya..... hanya doa dan amal anak2 yg menjadi saham buat abah sekarang.... kami sayang abah...

al fatihah buat arwah abah disana.

Friday, March 15, 2013

syaurah in 4D'S

Posted by azee_yleo at 2:06 AM 0 comments
Dalam lebih kurang 24 week + aku n hubby p scan 4D kat klinik fauziah ampang.... fees lebih kurang rm100.. so surprise dapat tgk syaurah in 4D.... wat surprising us..... one more girl.... yeaahhh... abah ngn frustnye cakap.... tkde teman nak tgk bola lagi.... btw we are so happy baby sihat aje.... n all progress was so good.. baby sihat n active n tembamm.....

Stories of my life Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal